Selamat Datang Ke Blog SOLIDARITYINISLAM

15 Jun 2010

Tips umum penjagaan kereta

KERETA SEHAT DUIT SEJAHTERA :-)

Assalamualaikum. Kalau sayangkan kereta cubalah ikut nasihat dibawah:

Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba tawaf kereta saudari/saudara. Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI atau Waja, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.

Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu.
Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untukkereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antarapintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai (rujuk kepada tip saya mengenai tayar).

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).

Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 6 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 6 tahun dulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar.

Penjagaan aircond

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk.
Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukandisebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok.Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar
injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk.
Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimportsepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakansebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kandan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk.
Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircontidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga
tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik.
Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk.
ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar
Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi.kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'. 

7. Corong keluar angin aircon berminyak.
Jika ini berlaku, maksudnya cooling oil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway,jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.

Tips penjagaan brek samada disk ataupun drum.

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa dengan
kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek),saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran aygn kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan'
mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.
Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami
kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth,tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan
mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

Tip penjagaan gear box manual dan auto.

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau
habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi
menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan
tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P,R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive
button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button.Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut',kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Untuk kereta baru, terutama proton iswara dan wira, cuba periksa peralatan fius, kotak fius dan beberapa peralatan elektrik di bawah steering. ketatkan kesemua fius yang ada terutama Iswara kerana biasanya, fius untuk lampu utama longgar dan perlu di tekan kuat supaya melekat kemas. Pernah berlaku seorang kawan saya sedang memandu waktu malam di kawasan kampung, tiba-tiba, lampu besar keretanya terpadam.Kerana terlallu gelap, beliau menelefon kereta tunda dan menariknya ke
bengkel, setelah di periksa hampir setengah hari, barulah di ketahui puncanya, fius lampu utama di bawah steering tidak kemas pada soketnya.jadi bila berlaku gegaran, fius tersebut tercabut dari soketnya.

Semasa menerima kereta baru, lakukan beberapa perkara seperti di bawah,

1. Periksa nombor casis dan nombor enjin dan pastikan ianya seperti yang tercatat di dalam geran kereta.

2. Periksa semua bendalir dan cecair yang boleh di periksa seperti,minyak brek,minyak enjin, minyak power steering, air dalam radiator,air dalam pencuci cermin, minyak gearbox

3. Hidupkan enjin tanpa menghidupkan aircon, biar beberapa ketika sehingga kipas radiator berpusing, kemudian perhatikan suhu enjin, suhu enjin pada masa kipas radiator berpusing sepatutnya pada keadaaan separuh atau lebih sedikit dari separuh. Jika melebihi separuh dan hampir mencecah garis merah, jangan terima kereta tersebut, buat komplain dan minta jurujual tersebut lakukan pemeriksaan di pusat servis ke atas kereta. Perkara ini penting untuk masa depan kerana julat tolerance suhu enjin kereta yang berkeadaan begini adalah sangat rapat atau pendek dan risiko kereta terkena overheating adalah tinggi.

4. Setelah kipas radiator berpusing ligat, perhatikan suhu enjin, suhu enjin sepatutnya turun sehingga ke tahap normal bagi jenis enjin tersebut. Jika suhu enjin tak turun, maksudnya kipas tak berpusing ligat atau sistem penyejukkan tidak berfungsi dengan sempurna. Reject kereta tu, minta jurujual hantar untuk pemeriksaan di pusat servis.

5. Jika semuanya ok, baru on kan aircon, perhatikan kipas kondenser aircon akan berpusing (kipas yang lebih kecil saiznya). Pada masa ini perhatikan botol penapis gas yang berwarna silver di mana ada satu tingkap kecil di atasnya. Perhatikan tiada buih yang bergerak di dalam tingkap itu, Jika ada buih, reject kereta ini, minta jurujual hantar ke pusat servis dan masukkan gas aircon secukupnya.

6. Selepas seminit, aircon sepatutnya sudah sejuk, cuba "bermain-main dengan thermostat dan suiz kelajuan aircon" pastikan ianya berfungsi. Off kan aircon kemudian biarkan sehingga kipas radiator berhenti, biarkan untuk seketika sehingga kipas radiator berpusing kembali.Kemudian on kan kembali aircon. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehingga 3 kali.

7. Setelah ok, minta jurujual tekan enjin sehingga rpm naik ke 2000 kemudian letak sekeping kerta putih di ekzos, minta jurujual tekan sehingga 3000 rpm, perhatikan kertas putih tersebut, jika kesan berminyak, reject kereta tersebut, piston ring ada masalah, ada berlaku kebocoran. Jika anda mempunyai kawan mekanik yang mempunyai meter memeriksa tekanan dalam kebuk selinder, minta kawan anda tersebut memeriksanya. Biar enjin melahu untuk beberapa ketika, dan sepatutnya
terdapat beberapa titisan air mengalir dari ekzos yang menunjukkan timing enjin berada pada tahap terbaik dan optimum. Timing atau kadar rpm pada masa melahu mungkin agak tinggi sedikit bagi kereta baru kerana untuk mempercepatkan kadar "piston masak". Biasanya selepas servis pertama, pusat servis akan melaraskan kembali rpm tersebut.

8. Masuk dalam kereta dan cuba semua peralatan di dalam kereta dan di luar kereta, terutama lampu besar hadapan. Aligment bumper, pintu, bonet dan sebagainya.

9. Periksa semua aksesori yang sepatutnya dibekalkan bersama dengan kereta seperti yang tercatat dalam sebutharga kereta dan minta jurujual mengajar anda cara menggunakan semua peralatan di dalam kereta. Minta juga jurujual menunjukkan kedudukan tayar simpana, jek kereta dan spana buka tayar kereta.

10. Kemudian bersama jurujual, pandu kereta. Sebelum itu, tarik brektangan dan tekan minyak dalam gear satu, jika kereta boleh bergerak,minta jurujual hantar ke pusat servis untuk adjust.

11. Pandu perlahan kemudian tekan brek secara perlahan-lahan, kemudian pandu lagi dan tekan brek seperti waktu kecemasan. Pastikan kereta tidak membuang ke kiri atau ke kanan. Jika membuang, minta buat aligment semula.

12. Pandu kereta di lebuh raya terbuka, perhatikan kedudukan rpm dan kelajuan juga kedudukan gear, rujuk buku panduan, jika berlainan, maksudnya ada masalah pada sistem klutch. Di lebuhraya atau jalan terbuka, cuba lepas steering seketika, dan perhatikan arah kereta bergerak, jika tidak lurus, periksa tekanan tayar, jika masih tak lurus, minta buat aligment semula.

13. Steering sepatutnya tidak terlalu berat dan ringan pada tekana aingin tayar 180 - 200 psi. Jika steering di rasakan terlalu berat, minta buat steering adjustment semula.

14. Kemudian bila sampai ke kedai dealer, ulangi step 4, 5 dan 6.

15. Perhatikan kesemua peralatan di ruang enjin, semasa enjin hidup.

16. Selepas itu anda mungkin di minta menanda tangani beberapa dokumen, selepas itu cuba hidupkan enjin dengan cuma sekali krek tanpa menekan minyak. Jika perlukan 2 atau 3 kali krek, reject kereta tersebut. Nampak nya di masa hadapan akan ada masalah pada enjin kereta anda.

17. Jika semuanya ok, boleh dikatakan ada menerima kereta yang baik dan sempurna keadaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan