Selamat Datang Ke Blog SOLIDARITYINISLAM

14 Jun 2010

Dirimu PALESTIN




Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. AL-MAIDAH=Ayat 82


MENGIMBAU SEJARAH PALESTIN



1. 571M - Lahirnya Nabi saw

2. 621M - Berlaku mi’raj al-Aqsa.

3. 636M - Sayyiduna Umar membebaskan Bait al-Maqdis & i,mengsytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam.

4. Julai 1099M - Tentera Salib menakluk Bait al-Maqdis. 70ribu muslim dibunuh.

5. Okt 1187M - Pembebasan al-Quds oleh Salahuddin al-Ayyubi.

6. Nov 1892M - Kerajaan Uthmaniyah melarang penjualan tanah Palestin kepada pendatang Yahudi.

7. Nov 1917M - Kerajaan Britain meng- isytiharkan Deklarasi Balfour yang menjamin pembentukan negara bangsa Yahudi di Palestin. Bermulalah kemasukan dan penempatan pendatang Haram Yahudi di bumi Palestin.

8. 1947M - Resolusi 181 (UNSCOP 1947):

55% dari negara Palestin diserahkan pada pendatang Yahudi.

Mei 1948 - Pengisytiharan pembentukan negara Israel.

9. Dis 1949M - Pengisytiharan al-Quds sebagai ibu negara Israel.

10. Jan 1956M - Majlis Fatwa al-Azhar mengharamkan sebarang kerjasama dengan Israel.

11. Jun 1967M - Tentera Yahudi Israel meruntuhkan dinding barat Bait al-Maqdis seluruhnya dan meng- halau 650 org Palestin.

12. Ogos 1969 - Masjid al-Aqsa dibakar.

13. Mei 1980M - Pengeboman Masjid al- Aqsa menggunakan TNT.

14. Jan 1981M - Pelampau Yahudi diiringi tentera Israel menceroboh Bait al- Maqdis dan menghalang ahli jemaah daripada menunaikan solat; dan menaikkan bendera Israel.

15. Dis 1987M - Intifadah pertama bermula.&Lahirnya parti Islam HAMAS.

16. Julai 1988 - Penerusan penggalian bawah tanah Masjid al- Aqsa yang mengancam strukturnya.

17. Dis 1993 - Perjanjian Oslo(PLO khianati umat Islam Palestin) .

18. Okt 1999M - Ehud Barak mengarahkan musolla Marwan dijadikan tempat ibadah khusus Yahudi.

19. Sept 2000 - Bermulanya Intifadah ke 2.

20. Jun 2003 - Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa.

21. 25 Jan 2006 HAMAS membuat kejutan dalam PR dengan menguasai 60% kerusi.

23. 28 Dis 2008 Israel menyerang Gaza (1 Muharram 1430H) Palestine.Bermulanya Intifadah ke 3

Semoga menjadi sempadan dan tauladan kepada kita umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya semangat bangsa(Arab atau Melayu) sahaja tidak membawa kita ke mana-mana tanpa Islam sejati. Lihat! Tidakkah orang Arab Palestin(Fattah/PLO) yang bersetuju dengan perjanjian Oslo 1993, perjanjian yang mengiktiraf wujudnya Negara Israel dan pemilikan 77% tanah umat Islam kepada Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan