Selamat Datang Ke Blog SOLIDARITYINISLAM

30 Jun 2010

Membuang amaran Genuine Windows XP dengan cara manual

Editor : CekapKomputer blogspot

Baiklah pada post kali ini saya ingin memberi panduan kepada anda cara membuang genuine windows dengan cara manual.
Bagaimana kita mendapat amaran genuine dari Windows ini?tentu sekali bagi mereka yang mengguna windows xp yang bukan original@pirate ..Genuine ini berlaku mereka2 yang menggunakan Windows jenis pirate ini update Windows mereka di internet..Fungsi update ini membolehkan Microsoft membaiki bug2 yang terdapat dalam sistem windows.Sedikit rujukan DISINI.
Namun disebalik fungsi update ini,terselit program installer genuine ini.bagi mereka yang tidak menggunakan windows original tentu mengalami masalah genuine ini.
kali ini CekapKomputer akan menunjukkan anda cara membuang Genuine ini dengan cara manual...Jum kita mulakan!

contoh amaran genuine :








Memilih antivirus untuk Komputer/Laptop anda

Editor: CekapKomputer Blogspot

Pemasangan antivirus adalah sangat penting dalam komputer kita,ini dapat mengelakkan serangan virus yang bukan sahaja menyusahkan anda malah boleh merugikan anda.Namun ada diantara kita mengabaikan pemasangan antivirus ini,janganla tunggu sampai data2 penting kita hilang akibat serangan virus ini.
Virus pada hari ini semakin bijak dan semakin halus,ada diantara kita merasakan komputer kita dalam keadaan selamat apabila antivirus yang kita guna tidak mengesan sebarang virus ketika kita scan komputer kita.Padahal,jika kita tidak update database antivirus yang kita guna tentu sekali AV tersebut tidak dapat mengesan kehadiran virus baru dalam PC kita.
Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang lengkapkan komputer anda dengan antivirus yang sentiasa diupdate! "sediakan payung sebelum hujan" itulah peribahasa yang sesuai.
Baiklah seperti yang anda tahu sendiri anda diberikan banyak pilihan antivirus yang anda perlu pilih?manakah yang terbaik?manakah yang sempurna yang dapat mengesan semua jenis virus?jawapannya.......Tiada Antivirus yang Sempurna.Sebabnya ialah walaupun kita menggunakan antivirus yang terbaik dan original kita tetap boleh terkena virus.Tetapi kita dapat minimumkan serangan virus dan memaksimakan peningkatan sekuriti dalam pc kita.

Mengubah background pada sesuatu folder

Editor: CekapKomputer Blogspot

Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaimana mengubah background sesuatu folder...jika kita menggunakan windows ME tentu sahaja kita dapat melakukannya dengan mudah.tetapi kita sebenarnya boleh juga meletak background pada sesuatu folder untuk kelihatan menarik di Windows XP.

langkah pertama,download perisian yang kecil ini Disini

kemudian extract TukarBackground.rar tersebut.(adalah lebih baik korang baca notepad yang ada disertakan dalam TukarBackground.rar tersebut hehe..)

didalam TukarBackground.rar tersebut ada satu fail yang dinamakan Tukar Background.EXE.Baiklah apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah copy & paste ke suatu folder yang anda hentak letakkan background.contoh : My Document.

TIPS IT HARI INI

Kunci fail peribadi anda tanpa menggunakan sebarang perisian khas..

Editor: CekapKomputer Blogspot

Pada post kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk melindungi fail peribadi anda menggunakan password tanpa menggunakan sebarang perisian khas.

Apa yang anda perlu lakukan pertama ialah buat satu folder.kemudian didalam folder tersebut buka satu notepad baru didalamnya.























Buka notepad tersebut,kemudian copy dan paste skrip dibawah ini.

16 Jun 2010


5 ways to speed up your PC

By following a few simple guidelines, you can maintain your computer and keep it running smoothly. This article discusses how to use the tools available in Windows 7, Vista, and XP Service Pack 3 (SP3) to more efficiently maintain your computer and safeguard your privacy when you're online.

1. Free up disk space

The Disk Cleanup tool helps you free up space on your hard disk to improve the performance of your computer. The tool identifies files that you can safely delete, and then enables you to choose whether you want to delete some or all of the identified files.
Use Disk Cleanup to:

  • Remove temporary Internet files.

  • Remove downloaded program files (such as Microsoft ActiveX controls and Java applets).

  • Empty the Recycle Bin.

  • Remove Windows temporary files such as error reports.

  • Remove optional Windows components that you don't use.

  • Remove installed programs that you no longer use.

  • Remove unused restore points and shadow copies from System Restore.
Tip: Typically, temporary Internet files take the most amount of space because the browser caches each page you visit for faster access later.
To use Disk Cleanup

15 Jun 2010

Tips umum penjagaan kereta

KERETA SEHAT DUIT SEJAHTERA :-)

Assalamualaikum. Kalau sayangkan kereta cubalah ikut nasihat dibawah:

Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba tawaf kereta saudari/saudara. Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.

Jadilah seorang guru, JANGAN hanya bekerja sebagai guru




GURU PEMBINA BANGSA BERJAYA


Sebagai amanah yang telah diberikan kepada seorang pendidik, jalankan lah tugas dengan sebaik mungkin. Bak kata pensyarah UPSI (En. Mohamad)....Guru seharusnya sentiasa menjadi seorang cikgu dan bukannya hanya BEKERJA sebagai seorang cikgu semata-mata....jika hanya bekerja sebagai cikgu, warga pendidik ditakuti hanya mementingkan pendapatan dan bekerja seperti "melepaskan batok ditangga" sahaja tanpa lebih mengfokuskan kepada amanah yang seharusnya dipikul dalam mendidik anak bangsa berjaya....

14 Jun 2010

Demam World Cup kembali melanda warga pendidik seluruh Malaysia



Bola Sepak Piala Dunia kembali membuka tirainya jumaat lalu. Ia sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminatnya dari seluruh dunia. Warga pendidik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dilanda demam piala dunia ini. Contohnya di ILKM Jawi ini, seawal jam 7.45 malam setelah semuanya mengerjakan solat maghrib tidak dapat melengahkan lagi masa mereka untuk berjemaah di lobby asrama bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing...sambil mata mereka tekun menyiapkan tugasan lalu secara automatiknya mata mereka teralih melihat aksi yang mendebarkan apabila bola tiba-tiba berlegar-legar di hadapan kotak penalti...Ada juga insan yang tidak senang duduk untuk menyiapkan tugasan BLOG yang diberikan pensyarah pada petang tadi..apa tidaknya kerana jiwa yang resah mengenangkan pasukan kesayangan mereka yang telah ketinggalan kepada pihak lawan...Ada juga rakan-rakan pendidik yang sedang "countdown" terhadap pasukan mereka yang akan bermain pada jam 10.00 malam ini..Sambil menunggu waktu debaran tiba, Hamba-hamba Allah ini sempat pula singgah di KOT'S char kuetiaw Sg. Bakap bagi mengisi masa terluang. Begitu lah rutinnya warga pendidik yang sedang berkursus di ILKM ini. Tapi Alhamdulillah rata-rata daripada mereka tetap menunjukkan komitmen yang padu pada sesi kuliah keesokan harinya..Hidup Pendidik MARA..Majulah Sukan Untuk MARA.sekian wasalam............

Dirimu PALESTIN




Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. AL-MAIDAH=Ayat 82


MENGIMBAU SEJARAH PALESTIN

Ayah dan Ibu

Hari ini, saya menyeru anda semua! Hargailah jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita .. bahagiakan hati mereka selama mana mereka masih lagi bernafas didunia ini. Bertanyalah kepada mereka-mereka yang telah kehilangan akan kedua-duanya..renungilah apa jua kisah disebalik daripada kehilangan mereka itu..AYAH atau IBU..bukan segenggam kemewahan yang mereka mahu daripada anak-anak..hanya lah sekelumit kasih sayang, keperihatinan dan perhatian daripada kita semua..fikirlah anak-anak!!!!salam ukhwah dari saya-mhadi ..

>>Ayah dan Ibu<<

Kemanakah hilangnya "malu" remaja sekarang...??

Dewasa ini saya perhatikan tingkahlaku remaja amat berbeza sekali dengan remaja-remaja di zaman saya kecil dahulu..remaja kini banyak yang bersifat kepura-puraan..Di rumah mereka lain tetapi diluar rumah mereka adalah 'orangnya' tidak seperti yang ada dalam fikiran ibubapa mereka..mereka lebih rela bersifat hipokrit bagi menyembunyikan perilaku sebenar mereka...mereka dengan bangganya menyembunyikan siapakah mereka yang sebenarnya...ingatlah!!!!apa yang anda buat Allah sentiasa mengetahuinya..kasihanilah ibubapa kita..kadangkala tindakan mereka bukanlah mengongkong..tetapi yakinilah tindakan mereka disebabkan oleh kasih dan sayang mereka yang tidak pernah berbelah bahagi kepada kita..demi keselamatan dan masa hadapan kita juga..ingatlah.....